RM2.4 juta untuk pekebun durian di Terengganu

BESUT- Jabatan Pertanian Terengganu menyediakan peruntukan sebanyak RM2.4 juta khusus kepada pengusaha tanaman durian di negeri ini.

Pemangku pengarahnya, Zulkifli Amin Yusof berkata, peruntukan tersebut disediakan kepada pemilik kebun durian sedia ada atau pemohon yang baru untuk mengusahakan tanaman durian secara komersial.
Menurutnya, peruntukan menerusi program kluster durian, skim tanaman semula buah-buahan terpilih dan sumber rezeki baru ini adalah bantuan dalam bentuk input dan peralatan kepada pemohon yang layak.
“Peruntukan yang disediakan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani itu adalah untuk membantu menjadikan durian sebagai sumber pendapatan lumayan kepada pekebun,” katanya.

Baca lagi...
https://drsamsuri.com/rm2-4-juta-untuk-pekebun-durian-di-terengganu/

Post a Comment

Previous Post Next Post