BALAI POLIS JENIANG, SIK, KEDAH

INFO BALAI: BALAI POLIS JENIANG



Balai Polis Jeniang di Sik, Kedah merupakan satu-satunya balai polis berbentuk kubu yang dibina sejak 71 tahun lalu untuk menentang pengganas komunis.

Pentadbiran balai tersebut pada asalnya diletakkan di bawah naungan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gurun, sebelum ditukarkan kepada IPD Sik, Kedah.

Keluasan pentadbirannya pula sejauh 180 kilometer persegi yang meliputi tiga mukim utama iaitu Mukim Teloi, Jeneri dan Sok dengan majoriti penduduknya merupakan golongan petani.

Kini, balai tersebut dianggotai seramai 15 Anggota Pangkat Rendah yang diketuai oleh seorang Sarjan Mejar (SM).

Alamat balai: Balai Polis Jeniang, 08200 Sik, Kedah.

Talian telefon: 04-4620306

Sumber info:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2592929360717355&id=161086313901684
Sumber gambar: Google

Post a Comment

Previous Post Next Post