LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN SEMASA MUSIM JEREBU

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN SEMASA MUSIM JEREBU



Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah mengeluarkan ancaman jerebu di beberapa buah negeri sejak semalam berikutan kebakaran hutan di Indonesia. Keadaan ini dijangka akan berlarutan sehingga tujuh hari.

Orang ramai dinasihatkan berhati-hati ketika melakukan riadah atau aktiviti luar serta mengambil beberapa langkah pencegahan seperti berikut:

1. Kurangkan aktiviti fizikal yang menyebabkan peningkatan kadar pernafasan dan metabolisma badan. Keadaan ini boleh meningkatkan risiko penyakit akibat jerebu dan cuaca panas;

2. Sentiasa berada di dalam bangunan ("indoor") dan jika terpaksa berada di luar, gunakan penutup hidung dan mulut ("face mask") yang sesuai dan pelindung diri seperti payung dan topi;

3. Tutup tingkap bagi mengurangkan asap jerebu masuk ke dalam rumah atau bangunan.

4. Elakkan aktiviti yang boleh meningkatkan pencemaran udara dalam rumah atau bangunan dengan tidak merokok dan sentiasa membersihkan persekitaran dalaman;

5. Gunakan pendingin hawa dengan memilih operasi ("mode") kitaran udara dalaman semasa memandu kenderaan;

6. Banyakkan minum air kosong walaupun tidak terasa dahaga (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari). Ini adalah bagi mengekalkan tahap hidrasi untuk mengawal-atur suhu badan;

7. Kerapkan mandi bagi menyejukan badan. Elakkan memakai pakaian yang tebal, ketat dan berwarna gelap bagi membantu proses kehilangan haba dari badan; dan

8. Jika mampu pasanglah alat pendingin hawa dan penapis udara (air filter/purifier) yang berkecekapan tinggi di rumah bagi menapis partikel halus dan menghalang kemasukan pencemaran udara dari luar.

Sumber :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2592624264081198&id=161086313901684


Post a Comment

Previous Post Next Post