PERANTI IED TIDAK SEMPURNA DI BUKIT DAMANSARA, ANCAMAN BOM PALSU DI KL SENTRAL DAN KEDUTAAN RUSIA
Kuala Lumpur, 2 Ogos 2019 - Polis menemui satu peranti letupan di laman sebuah rumah di Bukit Damansara, semalam.
Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, hasil pemeriksaan Unit Pemusnah Bom (UPB) mendapati objek yang ditemui orang awam pada 5 petang dan memaklumkan mengenainya pada 10 malam itu adalah ‘Improvised Explosive Device’ (IED) yang tidak sempurna.
“Pihak polis masih menjalankan siasatan terhadap objek itu,” katanya lagi.
Sementara itu, pihak polis turut mengesahkan ancaman bom di KL Sentral dan Kedutaan Rusia di ibu negara malam tadi sebagai palsu.
Ancaman bom di kedua-dua tempat itu diterima melalui ciapan akaun Twitter yang menggunakan nama iMais-Uma Agencia Sincera, yang dikatakan telah digodam oleh ‘limzhengyan’ pada 7.21 malam tadi.
Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di talian 03 21159999 atau Pusat Kawalan IPD Brickfields (03 22979268).
Bacaan lanjut di http://bernama.com/bm/news.php?id=1752851