10th University Scholars Leadership Symposium (USLS)

Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Humanitarian Affairs Asia (HAA) dan Universiti Kuala Lumpur telah menganjurkan 10th University Scholars Leadership Symposium (USLS) yang bermula dari 1 Ogos hingga 7 Ogos 2019 di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) Shah Alam dan di sekitar Kuala Lumpur.


YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia telah merasmikan simposium ini yang dihadiri lebih 1,000 orang pemimpin pelajar dari seluruh dunia.

Simposium tahun ini merupakan salah satu perhimpunan belia terbesar di dunia dan memberi fokus kepada United Nations Sustainable Development Goals (SDG). Tema simposium pada tahun ini ialah " Together We Serve ".

Turut hadir, YAB Amiruddin Shari, Menteri Besar Selangor, YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan, YB Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan, dan Setiausaha Agung HAA, Kim Solomon, Pengerusi Universiti Kuala Lumpur, YBhg. Prof. Emeritus Datuk Dr. Sukiman Sarmani dan Pegawai Komunikasi Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Felipe Queipo.

Sumber:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2512672168771430&id=552890381416295


Post a Comment

Previous Post Next Post