Perbandingan mengecas Note 10+ vs Note 9, OnePlus 7 Pro, Apple iPhone XS Max

Perbandingan mengecas Note 10+ vs Note 9, OnePlus 7 Pro, Apple iPhone XS Max


Galaxy Note 10+ yang baru dilancarkan baru-baru ini mempunyai kepantasan mengecas sehingga 45 watt. Walaubagaimanapun pengecas yang disertakan di dalam kotak hanyalah 25watt sahaja. Itupun sebenarnya cukup baik, tetapi tidaklah sepantas kemampuan mengecas yang anda sepatutnya dapat.


Sekiranya anda membeli pengecas pihak ketiga yang mendakwa dapat mengecas sebanyak 45 watt belum tentu lagi dapat mengecas peranti Galaxy Note 10+ anda seperti yang sepatutnya.

Walaupun Samsung hanya menyertakan pengecas 25 watt di dalam kotak, tetapi ianya sudah cukup untuk mengalahkan pesaing-pesaingnya apabila dicas daripada 0% sehingga 100%.

Sebuah saluran YouTube iaitu Gadget Portal telah menguji Note 10+ (4300 mAH, 25 watt charger) serta pesaingnya iaitu Note9 (4000 mAH, 15 watt charger), OnePlus 7 Pro (4000mah, 30 watt charger) dan Apple iPhone XS Max (3174 mAH, 5watt charger). Anda boleh saksikan video di bawah untuk perbandingan.



Galaxy Note 10+ berjaya mengecas penuh dalam masa 1 jam 5 minit iaitu 20 minit lebih pantas daripada OnePlus 7 Pro walaupun Note 10+ mempunyai kapasiti bateri yang lebih besar.

Walaupun OnePlus 7 Pro mempunyai pengecas pantas 30 watt tetapi ianya mulai perlahan apabila menghampiri penamat iaitu hanya dapat mengecas sebanyak 10 watt. Manakala Note 10+ jatuh kepada 15 watt apabila bateri hampir penuh.

Snapshot video di bawah menunjukkan masa yang diambil oleh keempat-empat smartphone untuk mengecas penuh.



2 Comments

Previous Post Next Post