Tema dan Tokoh Maal Hijrah / Awal Muharram 1441H / 2019M

Tema dan Tokoh Maal Hijrah / Awal Muharram 1441H / 2019M


1 Muharram merupakan permulaan bagi kalendar Islam. Lazimnya pada tarikh ini akan diadakan sambutan di peringkat kebangsaan dan Tokoh Maal Hijrah akan dipilih berdasarkan sumbangan yang telah diberikan di dalam dunia Islam.

Berikut ialah maklumat Tarikh 1 Muharram 1441H  :

Tarikh : 1 September 2019
Hari : Ahad
Lokasi Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan :
Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
Tema Maal Hijrah 1441H / 2019M : Negara Rahmah Ummah Sejahtera
Tokoh Maal Hijrah 1441H / 2019M :

Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan

(hadiah wang tunai RM100,000, pingat serta sijil penghargaan Kerajaan Malaysia)
Datuk Seri Dr Zaini Ujang (Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA))

Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan Antarabangsa

(hadiah wang tunai RM100,000, pingat serta sijil penghargaan Kerajaan Malaysia)
Shaykh Abdallah Shaykh Al-Mahfoudh (Ketua Majlis Fatwa Emiriah Arab Bersatu)


Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Mohamad Nordin Ibrahim dalam kenyataannya berkata, majlis sambutan akan disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Post a Comment

Previous Post Next Post