Pokok Merbau dipilih Pokok Kebangsaan Malaysia

Pokok Merbau dipilih Pokok Kebangsaan Malaysia


Pokok Merbau (Malacca Teak atau Instia Palembanica) dipilih sebagai Pokok Kebangsaaan Malaysia.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bin Mohamad ketika merasmikan Pameran ‘Hutan Kita’ di Menara Kuala Lumpur.

Pokok Merbau dipilih sebagai lambang keutuhan integriti hutan negara, hasil daripada pengurusan secara mampan serta usaha pemuliharaan khazanah biodiversiti Malaysia. Pokok Merbau juga merupakan simbol kepentingan hutan kepada pembangunan industri dan ekonomi negara.

Infografik berkenaan Pokok Merbau

Infografik oleh BERNAMA


Ciri-ciri dan Kelebihan Pokok Merbau:


  • Nama saintifiknya Intsia Palembanica juga dikenali sebagai Malacca Teak, Borneo Teak dan juga Moluccan Ironwood bagi golongan pembalak.
  • Dikenali sebagai 'kayu besi' sememangnya mempunyai kayu yang tahan lasak, kuat dan kukuh.
  • Kekuatan Pokok Merbau ini dikatakan hampir 100% tidak memerlukan rawatan untuk mencegah serangan anai-anai
  • Tahan pada cuaca yang sentiasa berubah-ubah.
  • Ketinggian sehingga 50 meter
  • Disokong oleh banir yang menjalar setinggi 7 meter.
  • Menghasilkan bunga yang kelihatan seperti orkid dan dedaunan yang tebal, berkilat serta tirus.
  • Daun pokok merbau boleh dibuat minyak bagi perubatan tradisional.
Bunga Pokok Merbau


Sumber:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2535058959915967&id=1079327292155815

Post a Comment

Previous Post Next Post