Stres kerja sekolah terlalu banyak, remaja 13 tahun gantung bunuh diri?


Stres kerja sekolah terlalu banyak, remaja 13 tahun gantung bunuh diri?


GEORGE TOWN: Selepas mengadu mengenai kerja sekolah yang terlalu banyak, seorang remaja berusia 13 tahun dipercayai bertindak menggantung dirinya di dalam bilik air rumahnya, pada malam Sabtu.



Kejadian berlaku kira-kira jam 10.55 malam di flat Jalan Paya Terubong, Taman Sri Relau, George Town.

Mangsa bagaimanapun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, sebelum kejadian, pelajar Tingkatan Satu itu dikatakan masuk ke dalam bilik air rumahnya untuk mandi.

Namun, remaja itu tidak keluar dari bilik air selepas kira-kira 30 minit kemudian menyebabkan bapanya mula  curiga sebelum cuba membuka pintu bilik air.

Baca lagi :
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pelajar-13-tahun-mati-gantung-diri-215872


Post a Comment

Previous Post Next Post