Assalamualaikum dan Salam Sayangi Malaysiaku,
Anda penjawat awam berstatus bujang? Ibu ayah anda masih hidup?
Anda ibu/ayah kepada penjawat awam yang masih bujang?
Wajib ambil tahu perkara ini ya.
Mulai 1 Januari 2009, Kerajaan telah memperkenalkan Skim Bantuan Ex Gratia Terbitan iaitu bayaran sekaligus kepada ibu, atau sekiranya ibu telah meninggal dunia, bapa kepada anggota berpencen yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan tanpa meninggalkan balu/duda atau anak.
Pemberian ini adalah sebagai tambahan kepada ganjaran terbitan atau caruman syer Kerajaan/majikan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau mana-mana kumpulan wang simpanan berserta faedah yang terakru.
Ianya sepertimana yang digariskan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2008.
----------------------------------------------
Soalan 1:
Jawapan:
Tidak, Ex-Gratia Terbitan ini hanya layak dibayar kepada ibu atau bapa (sekiranya ibu telah meninggal dunia) apabila berlaku kematian seseorang anggota semasa sedang berkhidmat yang berstatus bujang (tidak berkahwin dan tiada anak)
Soalan 2:
Jawapan:
Ibu, atau sekiranya ibu telah meninggal dunia, bapa yang layak diberi ex-gratia terbitan seperti keterangan berikut:
(i) ibu atau bapa yang masih hidup pada 1 Januari 2009 dan telah dibayar ganjaran terbitan; atau
(ii) ibu atau bapa yang masih hidup pada 1 Januari 2009 dan telah dibayar caruman syer Kerajaan/majikan KWSP atau mana-mana kumpulan wang simpanan berserta faedah yang terakru, yang mana lebih berfaedah baginya berbanding ganjaran terbitan.
*Jika ibu dan bapa seperti di perenggan 5(i) atau (ii) di atas telah meninggal dunia sebelum pembayaran ex-gratia terbitan dibuat, maka pembayarannya boleh dibuat kepada wakil diri di sisi undang-undang gemulah ibu atau bapa itu.
Soalan 3:
Jawapan:
Tidak, asalkan anggota meninggal dunia dalam keadaan apa sekali atau berpunca dari apa sekali pun, selagimana anggota tersebut berstatus bujang (tidak berkahwin dan tiada anak), tetapi ibu atau bapanya masih hidup ketika anggota meninggal dunia, maka ibu atau bapa tersebut layak diberikan ex-gratia terbitan, iaitu bayaran secara sekaligus sebagai pampasan dan sebagai menghargai ibu atau bapa yang telah melahir dan membesarkan anggota tersebut sehingga beliau boleh berkhidmat dan menabur jasa kepada Kerajaan/negara.
Cara / Formula / Contoh Pengiraan Ex-Gratia Terbitan ini adalah seperti dalam gambarajah yang dilampirkan bersama-sama status ini.
Punyalah banyaknya faedah persaraan yang disediakan oleh pihak Kerajaan kepada penjawat awam, maka apa lagi yang kita gusar, ayuh terus berikan perkhidmatan yang terbaik buat semua rakyat dan pelanggan-pelanggan kita.
Silakan SHARE dan Tag rakan-rakan anda yang merupakan penjawat awam yang masih BUJANG dan masih mempunyai ibu atau ayah sebagai maklumat mereka.
Sekian dimaklumkan, selamat berkhidmat!
Tolong kami SHARE maklumat ini sebanyaknya, boleh?
Kongsikan perkara bermanfaat sudah pasti akan diberikan pahala.
Terima kasih
Yang OHSEM,
ADMIN
Sumber :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2443772809045431&id=204379469651454

Adakah ianya terpakai kepada semua kes kematian anggota semasa dalam perkhidmatan?
Jawapan:
Tidak, Ex-Gratia Terbitan ini hanya layak dibayar kepada ibu atau bapa (sekiranya ibu telah meninggal dunia) apabila berlaku kematian seseorang anggota semasa sedang berkhidmat yang berstatus bujang (tidak berkahwin dan tiada anak)
Soalan 2:
Siapa Yang Layak Ex-Gratia Terbitan ini?
Jawapan:
Ibu, atau sekiranya ibu telah meninggal dunia, bapa yang layak diberi ex-gratia terbitan seperti keterangan berikut:
(i) ibu atau bapa yang masih hidup pada 1 Januari 2009 dan telah dibayar ganjaran terbitan; atau
(ii) ibu atau bapa yang masih hidup pada 1 Januari 2009 dan telah dibayar caruman syer Kerajaan/majikan KWSP atau mana-mana kumpulan wang simpanan berserta faedah yang terakru, yang mana lebih berfaedah baginya berbanding ganjaran terbitan.
*Jika ibu dan bapa seperti di perenggan 5(i) atau (ii) di atas telah meninggal dunia sebelum pembayaran ex-gratia terbitan dibuat, maka pembayarannya boleh dibuat kepada wakil diri di sisi undang-undang gemulah ibu atau bapa itu.
Soalan 3:
Adakah JPA melihat punca kematian samada kematian disebabkan oleh penyakit atau disebabkan oleh kemalangan atau bencana kerja sahaja?