Balai Polis Kulim Hi-Tech, Kulim, Kedah

INFO BALAI: BALAI POLIS KULIM HI-TECH


Balai Polis Kulim Hi-Tech, Kedah yang dibina pada 1 Julai 2011 telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato’ Sri Salleh Mat Rasid pada 17 Ogos 2014



Pembinaan balai baharu tersebut sebagai menaik taraf Pondok Polis Hi-Tech yang beroperasi di bangunan Pihak Berkuasa Tempatan Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim.

Keluasan kawasan pentadbirannya pula adalah seluas 27.2 kilometer persegi.

Kini, ia diketuai oleh seorang Pegawai Kanan Polis berpangkat Asisten Superintenden Polis (ASP) dan mempunyai seramai 117 pegawai serta anggota Polis pelbagai pangkat.

Alamat: Balai Polis High-Tech, Jalan Kulim Mahang, 09000 Kulim, Kedah

Talian Telefon: 04-4031222


Sumber :
https://www.facebook.com/161086313901684/posts/2694385353905088/

Post a Comment

Previous Post Next Post