Bolehkah tukar skim KWSP ke Skim Pencen?

SOAL-JAWAB HAL EHWAL PERSARAAN
PERMOHONAN UNTUK PENUKARAN DARIPADA SKIM KWSP KEPADA SKIM PENCEN


_________________________________________

Soalan:

Saya telah memilih opsyen Skim KWSP, kini menyesal dan ingin bertukar kepada Skim Pencen, saya merayu supaya permohonan saya ini dipertimbangkan oleh pihak tuan.

_________________________________________

Jawapan:

Terima kasih kerana menghubungi pihak kami.

Seperti yang tuan/puan sedia maklum, Kerajaan telah menawarkan pertukaran opsyen skim persaraan kepada anggota sektor awam yang memilih Skim KWSP kepada Skim Pencen pada tahun 2009.

Tawaran tersebut diberikan hanya sekali sahaja dan segala pemilihan selepas tarikh 1 Februari 2009 adalah muktamad. Ini adalah sepertimana ketetapan peraturan yang termaktub dalam Seksyen 6A (6B), Akta Pencen 1980 [Akta 227].

Justeru, dukacita dimaklumkan bahawa permohonan pihak tuan/puan untuk menukarkan skim persaraan daripada Skim KWSP kepada Skim Pencen ini tidak dapat dipertimbangkan berasaskan ketetapan peraturan dan undang-undang pencen yang sedang berkuat kuasa.

Sekian, terima kasih.

Yang OHSEM,
ADMIN


Sumber :
https://www.facebook.com/204379469651454/posts/2445527552203290/


Post a Comment

Previous Post Next Post