Adakah GCR dan Kad Pesara layak bagi pegawai yang mahu memilih skim KWSP yang bersara atas sebab kesihatan?
SOAL-JAWAB HAL EHWAL PERSARAAN
SOALAN:
JAWAPAN:
Pegawai yang memilih Skim KWSP, dibersarakan atas sebab kesihatan, layak dibayar GCR dan layak diberikan kad pesara bagi membolehkan menikmati kemudahan perubatan sepertimana dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 1995 yang akan dibayar oleh Ketua Jabatan terakhir pegawai tersebut berkhidmat.
Prosedur permohonan persaraan atas sebab kesihatan adalah sama seperti pegawai yang memilih skim pencen, iaitu pegawai hendaklah disyorkan bersara atas sebab kesihatan melalui penubuhan Lembaga Perubatan, yang dibuat oleh Jabatan terakhir pegawai, lalu dikemukakan kepada JPA untuk kelulusan, jika disahkan bahawa pegawai tersebut sememangnya sudah tidak berupaya berkhidmat atas sebab masalah kesihatan yang dihadapinya.
Sekiranya pegawai yang meletak jawatan sahaja tidak layak dibayar pengumpulan GCRnya. Ini kerana, bagi pegawai yang memilih Skim KWSP, tidak ada istilah bersara pilihan tetapi perlu meletak jawatan sahaja sebelum mencapai umur persaraan wajibnya yang dipilih.
Boleh rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2004.
Sekian dimaklumkan, terima kasih.
ADMIN OHSEM
https://www.facebook.com/204379469651454/posts/2445670742188971/