Jerebu di Sarawak, UPSR esok diteruskan

Jerebu di Sarawak, UPSR esok diteruskan

Foto Ihsan Bernama


KUCHING: Keputusan sama ada berlaku penutupan sekolah di Sarawak bergantung kepada bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) setiap hari pada jam 6 petang.

Bagaimanapun, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di negeri ini tetap diteruskan esok dan hanya akan ditangguhkan sekiranya IPU mencapai bacaan 300 iaitu tahap berbahaya.

IPU antara 0 dan 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Pengarah Pendidikan Sarawak, Dr Azhar Ahmad, berkata secara asasnya, sekolah mengalami bacaan IPU melebihi 200 ke atas sepatutnya ditutup.

“Bagaimanapun, ia bergantung kepada keputusan pengetua dan guru besar. Sekiranya mereka membuat keputusan penutupan sekolah, ia mesti dilaporkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Baca selanjutnya : BH Online


Post a Comment

Previous Post Next Post