Utamakan keselamatan murid dalam kawasan jerebu kritikal

Utamakan keselamatan murid dalam kawasan jerebu kritikal

Gambar ihsan BERNAMA


KUCHING 9 Sept. - Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) mengingatkan semua sekolah di negeri ini supaya mengutamakan keselamatan murid di sekolah yang berada dalam kawasan berjerebu yang dianggap kritikal.

Menurut satu kenyataan pihak sekolah disarankan supaya mengambil tindakan jika bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100 di mana pihak sekolah hendaklah menghentikan semua aktiviti di luar bilik darjah yang melibatkan semua murid.

“Jika bacaan IPU melebihi 200, semua sekolah yang berada di dalam kawasan atau daerah hendaklah ditutup dengan serta merta dan pengetua atau guru besar hendaklah memaklumkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) tentang penutupan sekolah,” menurut kenyataan itu.


Baca selanjutnya : Utusan Online


Post a Comment

Previous Post Next Post