Bukan tanggungjawab IPT sediakan pekerjaan
KUALA LUMPUR 9 Sept. - Tanggungjawab institusi pengajian tinggi (IPT) adalah menyediakan siswazah dengan bekalan ilmu dan kemahiran sebagai persediaan meneruskan kehidupan.
Kerajaan pula bertanggungjawab menyediakan peluang pekerjaan kepada seluruh rakyat termasuk siswazah pelbagai bidang.
Dekan Fakulti Kejuruteraan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Datuk Ir. Dr. Mohammed Rafiq Abdul Kadir berkata, kebanyakan siswazah kejuruteraan dari universiti tersebut berjaya memperoleh pekerjaan dalam bidang pengajian masing-masing.
“Berdasarkan data yang kami peroleh dan serahkan kepada Kementerian Pendidikan, 95 peratus siswazah kejuruteraan UTM berjaya mendapat kerja dalam bidang pengajian.
“Bahkan ada beberapa siswazah yang belum tamat pengajian telah menerima tawaran pekerjaan daripada pelbagai industri,” katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.
Baca selanjutnya : Utusan Online