Syarat dan Kelayakan cuti tanpa rekod guru di bawah Perintah Am 42(a) Bab C

Syarat dan Kelayakan cuti tanpa rekod guru di bawah Perintah Am 42(a) Bab C



Bilakah seseorang guru boleh diberikan kemudahan Cuti Tanpa Rekod (CTR) di bawah Perintah Am 42(a) Bab C?

Seseorang pegawai (guru) yang berdaftar sebagai ahli pertubuhan/persatuan yang diisytiharkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (dari semasa ke semasa) dan menyertai aktiviti anjuran pertubuhan/ persatuan tersebut, boleh diberikan kemudahan CTR tidak melebihi 14 hari dan tambahan dua (2) hari lagi perjalanan pergi dan balik ke tempat aktiviti. Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.

Kemudahan CTR ini juga merangkumi kursus latihan atau khemah tahunan yang diadakan dalam Malaysia. Pemberian CTR juga dibenarkan bagi menghadiri mesyuarat agung tahunan, mesyuarat luar biasa, khemah latihan tahunan, seminar dan aktiviti-aktiviti sukan anjuran pertubuhan atau persatuan berkaitan di Malaysia sahaja.

[Perintah Am 42(a) Bab C (Cuti) Tahun 1974 dan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991]




Sumber : https://www.facebook.com/150407898303424/posts/2788073421203512/

Post a Comment

Previous Post Next Post