Panduan keluar sekolah atau pejabat untuk urusan peribadi semasa waktu bekerja mengikut JPA
Cikgu-cikgu ingin keluar sekolah untuk urusan peribadi semasa waktu sekolah?
Jika seorang guru itu perlu keluar sekolah atas urusan peribadi yang munasabah semasa waktu sekolah yang memerlukan masa kurang daripada 4 jam, pengetua dan guru besar hendaklah menggunakan budi bicara bagi memberikan kebenaran tanpa perlu guru-guru mengambil CRK.
Tetapi jika masa yang diperlukan itu 4 jam atau lebih, maka ia dikehendaki memohon CRK untuk 1 hari.
Keadaan-keadaan yang dikategorikan sebagai urusan peribadi yang munasabah adalah seperti berikut:
✔️Perjanjian doktor atau menjalani
rawatan di Pusat Perubatan;
✔️Membawa atau menemani anak/
isteri/suami/ibu/bapa yang sakit
untuk mendapatkan rawatan di
rumah sakit ;
✔️Menziarahi keluarga terdekat
yang meninggal dunia dan
✔️Hal-hal lain yang difikirkan
berpatutan oleh Ketua Jabatan.
Keadaan-keadaan yang dikategorikan sebagai urusan peribadi yang tidak munasabah adalah seperti berikut :
⛔Membaiki kereta
⛔Menyelesaikan bil-bil peribadi
⛔Lain-lain hal yang difikirkan tidak
bersesuaian oleh Ketua Jabatan
Kredit: Portal JPA dan FB NUTP