Syarat pensijilan halal tidak akan dilonggar

Syarat pensijilan halal tidak akan dilonggar



SERI KEMBANGAN 8 Sept. - Syarat pensijilan halal tidak akan dilonggarkan hanya untuk memudahkan usahawan kecil dan asnaf mendapat pensijilan itu, kerana ia bertujuan menjaga mutu dan kualiti pensijilan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa itu.

Sehubungan itu, usahawan kecil dan asnaf disarankan supaya menaik taraf perniagaan dan produk masing-masing agar kualiti dan kebersihan produk menepati syarat pensijilan halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Pengarah Sekretariat Majlis Halal Malaysia, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata permintaan usahawan kecil kepada Jakim untuk melonggarkan syarat pensijilan halal itu bukan perkara baru, tetapi pihaknya mahu menjaga integriti dan kredibiliti sedia ada.

Baca selanjutnya : Utusan Online

Post a Comment

Previous Post Next Post