KPM buka 100 permohonan sekolah bangunkan Digital Maker Hub (DMH)

KPM buka 100 permohonan sekolah bangunkan Digital Maker Hub (DMH) 



Sebagai ibu bapa, acap kali persoalan ini bermain di minda kita. Di manakah anak-anak kita 10 tahun kedepan?

Revolusi Industri 4.0 telah memaksa kita untuk mempunyai kemahiran kalis masa hadapan dalam mendepani segala cabaran. Melihat perkara ini, KPM telah mula menggerakkan usaha di peringkat sekolah lagi.

Sebelum ini pihak kementerian telah mengumumkan bahawa Coding akan dimasukkan sebagai subjek untuk diajar di sekolah. Tetapi di peringkat KPM, kami yakin bahawa inisiatif itu sahaja tidak mencukupi. Anak-anak bukan sahaja perlu mempelajari, tetapi harus berinteraksi secara rapat dan konsisten dengan teknologi.

Hari ini sekolah tidak hanya berfungsi sebagai tempat anak-anak menimba pengetahuan dan pengalaman. Ia harus menjadi tempat anak-anak meletakkan cita-cita dan mampu berdaya cipta. Atas hasrat inilah, kementerian mahu menyebarluaskan ruang inovatif yang dilengkapi dengan peralatan pembuatan digital.

Anak-anak pelajar boleh menjalankan aktiviti teknologi digital yang kreatif di Digital Maker Hub ini. Peralatan dan perisian akan dibekalkan oleh KPM dan sekolah cuma perlu memastikan bahawa ruang ini dikendali oleh guru dan pelajar yang berdedikasi.

Digital Maker Hub (DMH) kini dibuka kepada 100 sekolah yang berdaftar di bawah KPM. Setakat ini, 40 sekolah telah membangunkan DMH di sekolah mereka tersendiri di seluruh Malaysia. Ya, Pendidikan dan pemerkasaan kemahiran anak-anak harus digerakkan oleh komuniti setempat itu sendiri. Dan kita sedang menjayakannya.


Sumber :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3114870291917556&id=151709604900321


Post a Comment

Previous Post Next Post