Manusia telan satu ‘kad kredit’ seminggu
DUBAI 10 Sept. - Tahukah anda bahawa plastik daripada makanan atau minuman boleh menyerap masuk ke dalam tubuh badan manusia?
Kajian yang dijalankan oleh Tabung Alam Sekitar Sedunia (WWF) mendedahkan, manusia secara purata menelan lima gram (g) plastik pada setiap minggu dan jumlah itu adalah bersamaan dengan berat sekeping kad kredit.
Gulf News melaporkan, penyelidik dari Universiti Newcastle di Australia mendapati, selain air minuman sebagai sumber terbesar penyerapan plastik, satu lagi penyebab terbesar adalah kerang yang dimakan manusia.
Sejak tahun 2000, dunia menghasilkan produk berasaskan plastik yang mana satu pertiga daripadanya tersalur ke alam semula jadi seperti laut.
Hasil laporan berdasarkan 52 kajian itu menunjukkan, kira-kira 1,769 zarah plastik yang menyerap masuk ke dalam tubuh manusia pada setiap minggu berpunca daripada air yang diminum.
Baca selanjutnya : Utusan Online