Lokasi sambutan Hari Malaysia ditukar angkara jerebu

Lokasi sambutan Hari Malaysia ditukar angkara jerebu

Foto Suara Sarawak
KUCHING - Angkara jerebu, lokasi sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini terpaksa dipindahkan dari Padang Merdeka, Kuching ke Stadium Perpaduan Negeri.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak merangkap Pengerusi Penganjur, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, pertukaran tempat sambutan Hari Malaysia terpaksa dilakukan demi kesihatan orang ramai.

“Persiapan 80 peratus sambutan Hari Malaysia terpaksa dihentikan selepas tempat acara terbabit dipindahkan ke Stadium Perpaduan Negeri.

“Selepas bermesyuarat dengan Jabatan Meteorologi, Lembaga Alam Sekitar dan Sumber Asli dan Jabatan Alam Sekitar semalam, kita tiada pilihan menukar tempat acara demi kesihatan orang awam.

“Bagaimanapun, setiap acara sampingan yang dirancang tidak ditunda atau dibatalkan buat masa ini,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/47520/EDISI/Sabah-Sarawak/Lokasi-sambutan-Hari-Malaysia-ditukar-angkara-jerebu

Post a Comment

Previous Post Next Post