Murid SK Tun Hussein Onn, Kuala Lumpur menang Pertandingan Robotik Dunia di India

NEW DELHI: : Seorang murid dari Malaysia melakar kejayaan selepas memenangi pertandingan antarabangsa di India dengan mempamerkan kehebatannya menghasilkan roket air.

Danish Muslim murid SK Tun Hussein Onn di Kuala Lumpur memenangi cabaran menghasilkan roket air dalam Pertandingan Robotik Dunia. - gambar AstroAwani

Danish Muslim murid SK Tun Hussein Onn di Kuala Lumpur memenangi cabaran menghasilkan roket air dalam Pertandingan Robotik Dunia itu.

Berusia 12 tahun, murid itu menyertai pertandingan berkenaan dengan ditemani bapanya Muslim Tamsir dan rakan sepasukannya.

"Kami datang ke India untuk menimba pengalaman dan sekadar suka-suka. Tidak sangka menang dan sebagai rakyat Malaysia sudah tentu berbangga dan gembira.

"Saya kagum dengan kemahiran anak saya," kata Muslim ketika ditemui Bernama pada Khamis.

Pertandingan berlangsung dari 23 hingga 25 September di Stadium Thyagaraj, New Delhi.

Danish juga merupakan pemenang kejohanan roket air Malaysia pada 2018 dan 2019.


Baca selanjutnya : AstroAwani

Post a Comment

Previous Post Next Post