Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2019

PIDATO ANTARABANGSA BAHASA MELAYU 2019


Semalam, YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan merasmikan Malam Kemuncak Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) 2019 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak.



PABM merupakan satu-satunya pertandingan pidato Bahasa Melayu peringkat antarabangsa yang diadakan di dunia bertujuan untuk memartabatkan citra dan kedaulatan Bahasa Melayu di persada dunia.

Sebanyak tiga kategori dipertandingkan dalam PABM iaitu kategori Alam Melayu, kategori Pelajar Antarabangsa di Malaysia dan kategori Antarabangsa

Bagi kategori Alam Melayu ia dimenangi Amirul Iqmal Razlan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), manakala juara kategori pelajar Antarabangsa di Malaysia ialah Moustapha Koutoub Sano penuntut UIAM dari Guinea, sementara Qurbanov Ozad Nurmuhammad Ugli dari Uzbekistan State University of World Languages dinobatkan pemenang kategori Antarabangsa.

Turut hadir, YB Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan.

Sumber :
https://www.facebook.com/552890381416295/posts/2623512544354058/


Post a Comment

Previous Post Next Post