Apakah Award Wang Tunai GCR - Gantian Cuti Rehat?

Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR)


TAHUKAH ANDA?

Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) dibayar kepada semua anggota perkhidmatan awam sama ada yang memilih Skim KWSP atau Skim Pencen.

Syarat-syaratnya:

1. Bersara wajib/paksa;

2. Bersara atas sebab kesihatan;

3. Bersara pilihan; dan

4. Mati di dalam perkhidmatan.

**bagi yang memilih Skim KWSP, tiada istilah bersara pilihan. Untuk mendapatkan GCR, anggota yang memilih Skim KWSP hendaklah berkhidmat sehingga mencapai umur persaraan wajibnya atau bersara atas sebab kesihatan atau mati dalam perkhidmatan.




Soalan lazim berkaitan GCR


APAKAH GANTIAN CUTI REHAT?
Gantian Cuti rehat adalah Award wang tunai yang diberi kepada Anggota Perkhidmatan Awam yang tidak berpeluang menghabiskan cuti rehat disebabkan kepentingan perkhidmatan

BILA BERKUATKUASA?
Award Gantian Cuti Rehat telah berkuatkuasa mulai 1 Januari 1974 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1/1974 dan hanya diberi kepada Anggota Perkhidmatan Awam yang bersara pada atau selepas 1 Januari 1974.

SIAPA YANG LAYAK?
Award Gantian Cuti Rehat hanya diberikan kepada Anggota Tetap (termasuk pegawai dalam tempoh percubaan) dan Anggota Sementara dalam Perkhidmatan Awam.

SIAPA YANG TIDAK LAYAK?
Award Gantian Cuti Rehat tidak dipanjangkan kepada Pegawai Kontrak dan pegawai yang meletakkan jawatan atau dibuang kerja akibat tindakan tatatertib ke atasnya.

BAGAIMANA PENGUMPULAN CUTI DIBUAT?
Pengumpulan cuti bagi tujuan gantian Cuti rehat adalah mengikut peruntukan para 21(1) Peraturan Pencen 1980, Pekeliling Perkhidmatan dan Perintah Am Bab C.

FORMULA PENGIRAAN
  • Pemberian Award Wang tunai gantian cuti rehat adalah berdasarkan 1/30 daripada gaji akhir diterima, tertakluk maksimum 150 hari.
  • Gaji akhir diterima adalah meliputi gaji pokok hakiki dan Imbuhan Tetap mengikut gred dan kumpulan perkhidmatan pegawai tersebut.

JABATAN MANA YANG MELULUSKAN?
  • Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adalah bertanggungjawab meluluskan 'Award' Gantian Cuti Rehat ini.
  • Semasa meluluskan pembayaran award Gantian Cuti Rehat, JPA berhak untuk menyemak dan memperbetulkan apa-apa kesilapan terhadap butiran jika ada, di dalam kenyataan cuti dan rekod perkhidmatan anggota berkenaan.
  • Sebarang cuti rehat yang terlebih diambil semasa dalam perkhidmatan boleh ditolak daripada jumlah cuti yang terkumpul.

DARI MANAKAH PERUNTUKAN GCR DIBAYAR?
  • Bayaran 'award' kepada Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan adalah tanggungan Kerajaan Persekutuan dari Kumpulan Wang Disatukan.
  • Jika gajinya tidak dibayar dari Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan, bayaran adalah tanggungjawab pihak berkuasa masing-masing (Perkhidmatan Negeri, Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan).

BILAKAH BAYARAN GCR DIBUAT?
Pembayaran 'award' wang tunai akan dibuat:
  • pada hari pertama persaraan bagi pegawai yang bersara, dan
  • bagi pegawai yang meninggal dunia dalam perkhidmatan, bayaran kepada tanggungan pegawai berkenaan akan dibuat dengan kadar segera.

APAKAH DOKUMEN YANG DIPERLUKAN?

  • 1 salinan rekod kenyataan perkhidmatan yang kemaskini.
  • 1 salinan kenyataan cuti
  • 2 salinan penyata kiraan cuti
  • 1 salinan kad pengenalan
  • 1 salinan surat permohonan pesara/waris.
  • Dokumen-dokumen berikut perlu dikemukakan bersekali dengan dokumen lain bagi urusan persaraan dan pencen selewat- lewatnya 3 bulan sebelum tarikh persaraan.

Sumber :
https://www.facebook.com/204379469651454/posts/2394327617323284/

Post a Comment

Previous Post Next Post