Inilah puncanya belon helium meletup di Putrajaya...

Belon helium meletup, 16 mangsa melecur



PUTRAJAYA: Seramai 16 orang termasuk sembilan kanak-kanak melecur apabila belon berisi gas helium meletup selepas selesai Program Kecergasan Kementerian Pendidikan Peringkat Kebangsaan 2019 di Dataran Putrajaya, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Rosly Hassan, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 11.34 pagi tadi membabitkan sembilan mangsa kanak-kanak dan tujuh dewasa berusia antara empat hingga 30-an.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku selepas tamat program berkenaan apabila ada pengunjung dan peserta program mahu mengambil belon digunakan pada gimik perasmian program itu untuk dibawa pulang.

“Siasatan mendapati terdapat tiga gugusan belon berwarna biru, kuning dan merah berisi gas helium yang terikat, cuba diambil pengunjung.

“Ada saksi berkata berlaku perebutan antara pengunjung di situ yang mahu mengambilnya dengan ada yang menggunakan gunting untuk memutuskan tali, selain ada individu lain menggunakan pemetik api.

“Penggunaan pemetik api itu menyebabkan belon meletup dan serpihan belon mengenai mangsa yang mengakibatkan mereka melecur,” katanya kepada media di Hospital Putrajaya di sini, hari ini.


Baca selanjutnya : Berita Harian Online



Post a Comment

Previous Post Next Post