Senarai Pengerusi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 - 2019

Senarai Pengerusi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 - 2019 beserta tempoh perkhidmatan


Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) telah ditubuhkan dengan berkuat kuasanya Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) 2009 (Akta 695) pada 2 Februari 2009.

Penubuhan Suruhanjaya tidak melibatkan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan dan dibuat melalui penggubalan Akta Parlimen. Proses yang diperuntukkan di bawah Akta 695 mengenai pelantikan hakim-hakim tersebut adalah proses yang mendahului proses pelantikan di bawah Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan.

Tujuannya ditubuhkan bagi memastikan proses pencalonan, pelantikan dan kenaikan pangkat bagi hakim mahkamah atasan adalah lebih telus serta mengambil kira penglibatan yang lebih menyeluruh.

Hakim-hakim mahkamah atasan yang dimaksudkan adalah Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Malaya, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Tinggi.

Penubuhan SPK adalah sebagai langkah membawa pembaharuan terhadap Badan Kehakiman dan memperkukuh serta meningkat integriti institusi itu. Ia juga akan memenuhi kehendak dan aspirasi rakyat untuk melihat ketelusan dan keadilan dalam sistem kehakiman negara ini. Maklumat di bawah ini menerangkan maklumat berkenaan senarai Pengerusi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) dan tempoh berkhidmat.


1) YAA Tun Dato' Seri Zaki bin Tun Azmi

JAWATAN DISANDANG : Pengerusi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman
TAHUN MULA BERKHIDMAT : 2009
TAHUN TAMAT BERKHIDMAT : 2011
TEMPOH PERKHIDMATAN : 2 tahun


2) YAA Tun Arifin bin Zakaria

JAWATAN DISANDANG : Pengerusi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman
TAHUN MULA BERKHIDMAT : 2011
TAHUN TAMAT BERKHIDMAT : 2017
TEMPOH PERKHIDMATAN : 5 tahun


3) YAA Tun Raus Sharif

JAWATAN DISANDANG : Pengerusi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman
TAHUN MULA BERKHIDMAT : 2017
TAHUN TAMAT BERKHIDMAT : 2018
TEMPOH PERKHIDMATAN : 1 tahun


4) YAA Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum

JAWATAN DISANDANG : Pengerusi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman
TAHUN MULA BERKHIDMAT : 2018
TAHUN TAMAT BERKHIDMAT : 2019
TEMPOH PERKHIDMATAN : 1 tahun


5) YAA Datuk Seri Utama Tengku Maimun binti Mat

JAWATAN DISANDANG : Pengerusi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman
TAHUN MULA BERKHIDMAT : 2019
TAHUN TAMAT BERKHIDMAT : kini
TEMPOH PERKHIDMATAN : Tidak berkaitan


Post a Comment

Previous Post Next Post