KES NORA ANNE: PDRM TERIMA PENGHARGAAN DARIPADA POLIS IRELAND

KES NORA ANNE: PDRM TERIMA PENGHARGAAN DARIPADA POLIS IRELAND


Wakil Polis Ireland, Superintendan Cliona Richardson menzahirkan penghargaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor di atas kejayaan dan usaha menyelesaikan kes kematian seorang remaja Ireland di sebuah resort di Negeri Sembilan, Nora Anne Quoirin, awal Ogos lalu.

Penghargaan tersebut disampaikannya sewaktu bertemu dengan Dato' Pahlawan Mazlan dalam Perhimpunan Agung Polis Antarabangsa (INTERPOL) kali ke-88 yang sedang berlangsung di Santiago, Chile.


Sumber :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2735492023127754&id=161086313901684

Post a Comment

Previous Post Next Post