Moh ke Jelajah Pendidikan KPM 2019

Jelajah Pendidikan KPM 2019 kembali lagi menemui anda di empat lokasi iaitu di Ipoh, Kuching, Kemaman dan Batu Pahat.





Program ini merupakan inisiatif kementerian untuk mendekati masyarakat untuk berkongsi kejayaan, mendapatkan pandangan dan maklum balas bagi meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti.

Sebanyak 40 wakil bahagian dan agensi dibawah KPM akan membuka tapak-tapak pameran dan orang ramai berpeluang mendapatkan perkhidmatan secara terus.

Ketua Penyelaras Program, Puan Rubaayah Osman berkata, Jelajah ini juga akan mempamerkan kejayaan murid, sekolah, guru, PIBG dan pemimpin sekolah di peringkat nasional dan antarabangsa.

“Antara aktiviti menarik ialah pertandingan kuiz, pidato, persembahan kebudayaan, nyanyian dan pelbagai lagi,"katanya.

Kepada anda yang tinggal berhampiran atau ingin menghadiri program jelajah ini, jangan lupa datang ke lokasi-lokasi yang tertera.

Pelbagai hadiah menarik menanti anda. Jumpa disana!



Sumber :
https://www.facebook.com/552890381416295/posts/2625317264173586/

Post a Comment

Previous Post Next Post