Jom Kenali Anjing Hutan atau Dhole
[KENALI SPESIES HIDUPAN LIAR]
Anjing Hutan atau Dhole terdapat di Semenanjung Malaysia, Siberia, India dan Indonesia. Spesies ini adalah dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).
Bahagian atas badan Anjing Hutan berwarna merah kecoklatan, manakala bahagian bawah berwarna pucat dan ekornya berbulu lebat.
Anjing Hutan mempunyai muncung yang tirus ke hujung, telinga yang tegak serta kaki yang kurus. Ia memburu secara berkumpulan dengan menggunakan deria baunya yang sangat kuat dan menyerang mangsa yang lebih besar.
Antara mangsanya adalah rusa, kijang, babi hutan, beruang dan harimau. Anjing Hutan aktif pada waktu siang berbanding waktu malam.
Anjing Hutan akan melahirkan 5-6 ekor anak bagi setiap kelahiran dengan tempoh bunting selama 60-70 hari.
Imbas QR Code pada gambar untuk bacaan lanjut.
Sumber :
https://www.facebook.com/208535215826654/posts/3430310333649110/