KKM KESAN KLUSTER MUDA DI DAERAH KUALA MUDA, KEDAH

KLUSTER MUDA DI KEDAH


KKM ingin memaklumkan bahawa 1 kluster baharu (Kluster Muda) yang dikesan di Daerah Kuala Muda, Kedah. Kes pertama kluster ini (iaitu kes ke-9114) adalah lelaki warganegara Malaysia yang merupakan seorang anggota polis. Kes yang dilaporkan pada hari ini (kes ke-9147) adalah merupakan rakan kerja kepada kes indeks. 


Susulan itu, aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat telah dijalankan pada 13 Ogos 2020 dan kes dikesan positif pada 14 Ogos 2020.

Sehingga 14 Ogos 2020, 124 kontak rapat beliau telah disaring.


Daripada jumlah ini:

iii. 2 kes dikesan positif COVID-19;

iv. 5 negatif; dan

v. 117 masih menunggu keputusan.


Kesemua kes bagi kluster ini adalah warganegara Malaysia.

Pengesanan kes secara aktif sedang diteruskan dan langkahlangkah pencegahan serta pembendungan jangkitan seperti proses pembersihan dan nyah kuman telah dijalankan di lokasilokasi yang dikenalpasti. Punca jangkitan masih di dalam siasatan.


Gambar hiasan (Memorial Tsunami Kota Kuala Muda Kedah)


Sumber :

https://www.facebook.com/373560576236/posts/10157297644351237/


Post a Comment

Previous Post Next Post