STATUS TERKINI KLUSTER TAWAR 14 OGOS 2020

STATUS TERKINI KLUSTER TAWAR 14 OGOS 2020


Adalah dimaklumkan bahawa terdapat 11 kes baharu dilaporkan bagi Kluster Tawar pada hari ini, iaitu 10 kes di Kedah dan 1 kes di Pulau Pinang (iaitu kes ke-9149). Adalah dimaklumkan bahawa kes ke-9129 daripada kluster ini yang dilaporkan semalam telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang daripada sebuah pusat perubatan swasta, namun kes ini kekal didaftarkan sebagai kes di negeri Kedah.


Sehingga 14 Ogos 2020 jam 12 tengah hari, seramai 261 orang telah disaring dalam kluster ini. Daripada jumlah ini, sebanyak 21 kes dikesan positif COVID-19. Pecahan saringan mengikut negeri yang terbabit adalah seperti berikut:


1. Kedah (156 disaring):

- 20 kes dikesan positif COVID-19;

- 77 individu negatif; dan

- 59 individu masih menunggu keputusan.


2. Pulau Pinang (105 disaring):

- 1 kes dikesan positif COVID-19;

- 75 individu negatif; dan

- 29 individu masih menunggu keputusan.


Pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat masih

diteruskan bagi kluster ini dan situasi semasa akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.


Sumber :

https://www.facebook.com/373560576236/posts/10157297641291237/


Post a Comment

Previous Post Next Post