Lelaki Lambat Matang Punca Kurang di IPT

Pelajar perempuan lebih matang, punca ramai masuk IPT


Gambar Berita Harian


KUALA LUMPUR: Kematangan, pencapaian lebih baik dan jumlah pelajar perempuan lebih ramai di peringkat menengah tinggi menyebabkan peratusan golongan itu lebih ramai diterima masuk ke institut pengajian tinggi (IPT).

Pakar Psikologi Kaunseling, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof Datuk Dr Mohamed Fadzil Che Din, berkata kematangan pelajar perempuan boleh dilihat seawal usia 15 tahun ketika di tingkatan tiga manakala pelajar lelaki selepas tingkatan lima iaitu 18 tahun.

Justeru, beliau berkata, pelajar perempuan mempunyai keupayaan dalam pembelajaran lebih tinggi berbanding lelaki yang berada pada tahap sederhana.

"Disebabkan itu juga mereka lebih cepat menguasai dan mampu membuat pecutan dalam proses pembelajaran. Ini fitrah yang perlu diakui semua, namun jika lelaki itu lebih matang mereka akan menghasilkan pencapaian melebihi pelajar wanita itu sendiri," katanya kepada BH, hari ini.



Baca selanjutnya : Berita Harian Online







Post a Comment

Previous Post Next Post