PJPK, Sukan dan Kokurikulum Sekolah Mulai 1 September 2020

Aktiviti sukan, kokurikulum sekolah mulai 1 September



Kerajaan membenarkan aktiviti sukan dan kokurikulum di luar bilik darjah untuk pelajar sekolah mulai 1 September ini, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.



Beliau berkata, Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini telah meluluskan pembentangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengenai garis panduan aktiviti tersebut.

"Garis panduan ini merangkumi pelaksanaan aktiviti sukan dan kokurikulum secara bersemuka termasuk amali di luar bilik darjah bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK) serta Sains Sukan dalam keadaan yang terkawal," katanya pada sidang akhbar perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di bangunan Parlimen, di sini hari ini.





Post a Comment

Previous Post Next Post