Sukuk Prihatin dilancarkan, nilai pelaburan bermula RM500
Sukuk Prihatin, sebuah inisiatif di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), membuka peluang kepada Rakyat untuk usaha membina semula Negara pasca krisis pandemik COVID-19.
Dengan pelaburan serendah RM500, dana yang terkumpul akan disalurkan terus kepada inisiatif-inisiatif yang dapat menambahbaik taraf kehidupan Rakyat Malaysia yang memerlukan. Kadar keuntungan adalah 2% setahun bagi tempoh matang 2 tahun. Keuntungan akan dibayar pada setiap suku tahun. Anda juga boleh memilih untuk menyumbang jumlah prinsipal pelaburan, dan ini akan diberi potongan cukai.
Ayuh semua! Mari kita bersama memacu masa depan Malaysia dengan melabur di dalam Sukuk Prihatin!
Sumber :
https://www.facebook.com/369244243546/posts/10157944644358547/