Apakah Kluster Hentian dan Kluster Bukit?
19 Oktober 2020 : 2 Kluster Terbaru Covid-19 di Malaysia
𝟭) 𝗞𝗟𝗨𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗛𝗘𝗡𝗧𝗜𝗔𝗡
Kluster baharu ini melibatkan daerah Hulu Langat di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-18664) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 15 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 6 lagi kes positif COVID-19. Sehingga 19 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 127 individu telah
disaring, di mana:
- 7 kes dikesan positif COVID-19; dan
- 120 individu masih menunggu keputusan.
𝟮) 𝗞𝗟𝗨𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗕𝗨𝗞𝗜𝗧
Kluster baharu ini melibatkan daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin di negeri Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-17531) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 13 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Melaka. Saringan kontak rapat telah
mengenal pasti 14 lagi kes positif COVID-19. Sehingga 19 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 89 individu telah disaring, di mana:
- 15 kes dikesan positif COVID-19;
- 73 individu negatif; dan
- 1 individu masih menunggu keputusan
Sumber :
https://www.facebook.com/373560576236/posts/10157447220991237/