Apakah Kluster Teduh, Kluster Menara, Kluster Keladi, Kluster Sentral dan Kluster Bah Bemban?

Apakah Kluster Teduh, Kluster Menara, Kluster Keladi, Kluster Sentral dan Kluster Bah Bemban?

17 Oktober 2020 : Lima kluster terbaru COVID-19 di Malaysia

Hari ini Malaysia mencatat mencatatkan 5 lagi kluster COVID-19 yang terbaru. Sudah pasti kita tertanya-tanya apakah maksud kluster-kluster tersebut dan di manakah tempat yang terlibat?

Ikuti maklumat terperinci yang telah disediakan oleh KKM mengenai kluster terbaru tersebut.



𝟭) 𝗞𝗟𝗨𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗧𝗘𝗗𝗨𝗛

Kluster baharu ini melibatkan daerah Lahad Datu di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-13000) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu yang mempunyai sejarah perjalanan dari daerah yang berisiko tinggi iaitu Semporna pada 6 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Lahad Datu. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 10 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 17 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 535 individu telah disaring, di mana:

  • 11 kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 524 individu masih menunggu keputusan.



𝟮) 𝗞𝗟𝗨𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗠𝗘𝗡𝗔𝗥𝗔

Kluster baharu ini melibatkan daerah Gombak, Petaling, Klang, Sepang dan Hulu Langat di negeri Selangor; daerah Lembah Pantai, Titiwangsa dan Cheras di WP Kuala Lumpur; daerah Larut, Matang dan Selama di negeri Perak serta Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-16041) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 9 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh, Selangor. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 32 lagi kes positif COVID-19. Sehingga 17 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 180 individu telah disaring, di mana:

- 33 kes dikesan positif COVID-19;

- 33 individu negatif; dan

- 114 individu masih menunggu keputusan.



𝟯) 𝗞𝗟𝗨𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗗𝗜

Kluster baharu ini melibatkan daerah Klang di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-17381) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kontak rapat pada 13 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 25 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 17 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 107 individu telah disaring, di mana:

- 26 kes dikesan positif COVID-19;

- 74 individu negatif; dan

- 7 individu masih menunggu keputusan.



𝟰) 𝗞𝗟𝗨𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗦𝗘𝗡𝗧𝗥𝗔𝗟

Kluster baharu ini dikenal pasti di Kepong, Cheras dan Titiwangsa, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-18676) yang juga merupakan kes kematian ke-176, telah dikenal pasti positif COVID19 hasil saringan kematian di sebuah pusat perubatan pada 16 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 4 lagi kes positif COVID19. Sehingga 17 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 135 individu telah disaring, di mana:

- 5 kes dikesan positif COVID-19; 

- 122 individu negatif; dan

- 8 individu masih menunggu keputusan.



𝟱) 𝗞𝗟𝗨𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗕𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡

Kluster baharu ini melibatkan daerah Dungun di negeri Terengganu dan daerah Kota Kinabalu di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12082) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) pada 3 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu, Kuala Berang. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 11 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 17 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 222 individu telah disaring, di mana:

- 12 kes dikesan positif COVID-19; dan

- 210 individu negatif.






Sumber :

https://www.facebook.com/373560576236/posts/10157442783231237/


Post a Comment

Previous Post Next Post