Kementerian Pertahanan Malaysia Terima Peruntukan RM16 Bilion dalam Belanjawan 2021
Kerajaan telah meningkatkan peruntukan pertahanan dan keselamatan sebanyak RM16 bilion bagi Kementerian Pertahanan dalam Belanjawan 2021.
Belanjawan 2020 sebelum ini, MINDEF telah diperuntukkan sebanyak RM15.6 bilion.
Sebanyak 11.34 bilion telah diperuntukkan kepada Perbelanjaan Mengurus dan selebihnya iaitu RM4.5 bilion bagi Perbelanjaan Pembangunan.
RM30 juta kepada PERHEBAT untuk program latihan dan keusahawanan yang dijangka memanfaatkan 12,000 veteran ATM.
Kerajaan sentiasa memastikan kebajikan anggota tentera tidak terabai. Selain terus menyelenggara kemudahan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) sedia ada, Kerajaan turut meluluskan pembinaan sebanyak hampir 1,000 buah unit baharu dengan kos keseluruhan berjumlah hampir RM500 juta.
Bagi pesara kerajaan dan veteran tidak berpencen, Bantuan Khas Kewangan RM300 akan diberikan. Bantuan ini akan dibayar pada awal 2021.
Bagi memastikan kesiapsiagaan aset ATM, Kerajaan akan menaikkan peruntukan penyelenggaraan kepada RM 2.3 bilion bagi tahun 2021 berbanding RM 2 bilion sebelum ini.
Sumber :
FB KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA