KPM Terima Peruntukan Terbesar RM50.4 bilion atau 15.6% daripada Belanjawan 2021

KPM Terima Peruntukan Terbesar RM50.4 bilion atau 15.6% daripada Belanjawan 2021


Kementerian Pendidikan Malaysia akan terus menerima peruntukan terbesar iaitu sejumlah 50.4 bilion ringgit atau 15.6 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan Kerajaan. 


Diantara perkara yang diberi peruntukan dalam Belanjawan 2021 tersebut ialah :

Bagi memastikan murid-murid daripada keluarga berpendapatan rendah mendapatkan kandungan khasiat harian demi pertumbuhan fizikal dan mental yang menyeluruh, Kerajaan akan menambah baik Rancangan Makanan Tambahan dengan penyediaan bekalan susu daripada dua kali seminggu sahaja kepada SETIAP HARI PERSEKOLAHAN. 


Bagi memastikan suasana pembelajaran kondusif, sebanyak RM 800 juta disediakan untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan. Peruntukan ini juga termasuk kerja-kerja menaik taraf dan membina dewan terbuka atau struktur berbumbung bagi menyediakan tempat berhimpun yang selesa dan selamat di sekolah-sekolah Kerajaan.  


Selain itu, kos tambahan sebanyak RM725 juta akan diperuntukkan bagi menaik taraf bangunan serta infrastruktur di 50 buah sekolah-sekolah daif. 


Bagi sekolah di luar bandar Sabah dan Sarawak, Kerajaan akan melaksanakan 184 projek pembinaan dan pemasangan bekalan air telaga tiub baharu dengan kos keseluruhan projek berjumlah RM120 juta. 



Sumber :

FB KPM



Post a Comment

Previous Post Next Post