Apakah Kluster Tapak Bina Lebuh, Kluster Sugud, Kluster Tapak Bina Jalan Tengah, Kluster Persiaran Heights, Kluster Tembok Gajah dan Kluster Utama Rini?

Apakah Kluster Tapak Bina Lebuh, Kluster Sugud, Kluster Tapak Bina Jalan Tengah, Kluster Persiaran Heights, Kluster Tembok Gajah dan Kluster Utama Rini?


Terdapat empat (6) kluster baharu Covid-19 di Malaysia yang telah dikenal pasti pada hari ini (Jumaat, 18 Disember 2020) iaitu;

1. KLUSTER TAPAK BINA LEBUH


 

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sepang di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 15 Disember 2020 melalui saringan tempat kerja di sebuah tapak binaan. Sehingga 18 Disember 2020, sejumlah 285 individu telah disaring, di mana 20 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER SUGUD


 

Kluster ini melibatkan daerah Penampang dan Papar di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-60068) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 26 November 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 18 Disember 2020, sejumlah 163 individu telah disaring, di mana 26 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER TAPAK BINA JALAN TENGAH


 

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 3 Disember 2020 melalui saringan tempat kerja di sebuah tapak binaan. Sehingga 18 Disember 2020, sejumlah 245 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4. KLUSTER PERSIARAN HEIGHTS


 

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-84673 telah dilaporkan positif COVID-19 pada 14 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 18 Disember 2020, sejumlah 60 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

5. KLUSTER TEMBOK GAJAH


 

Kluster ini melibatkan daerah Kluang di negeri Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-87833) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 18 Disember 2020, sejumlah 52 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

6. KLUSTER UTAMA RINI


 

Kluster ini melibatkan daerah Johor Bahru, Kulai dan Pontian di negeri Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-80177) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 11 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 18 Disember 2020, sejumlah 100 individu telah disaring, di mana 22 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini



Sumber:
http://covid-19.moh.gov.my/sorotan/122020/enam-6-kluster-baharu-dilaporkan-hari-ini-18122020


Post a Comment

Previous Post Next Post