Apakah Kluster Tapak Bina Jalan Zuhrah, Kluster Keris Residence, Kluster Jalan Timah, Kluster Brumas dan Kluster Long Panji?
Terdapat lima (5) kluster baharu Covid-19 di Malaysia yang telah dikenal pasti pada hari ini (Sabtu, 19 Disember 2020) iaitu;
1. KLUSTER TAPAK BINA JALAN ZUHRAH
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di negeri Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 14 Disember 2020 melalui saringan tempat kerja di sebuah tapak binaan. Sehingga 19 Disember 2020, sejumlah 450 individu telah disaring, di mana 49 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
2. KLUSTER KERIS RESIDENCE
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Kinabalu dan Tuaran di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-80664) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 12 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 19 Disember 2020, sejumlah 65 individu telah disaring, di mana 41 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini
3. KLUSTER JALAN TIMAH
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru dan Kulai di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-90535) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 18 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 19 Disember 2020, sejumlah 238 individu telah disaring, di mana 26 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
4. KLUSTER BRUMAS
Kluster ini melibatkan daerah Kalabakan di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-74561) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 8 Disember 2020 hasil saringan kendiri. Sehingga 19 Disember 2020, sejumlah 89 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
5. KLUSTER LONG PANJI
Kluster ini melibatkan daerah Kota Bharu dan Machang di negeri Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-86605) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 15 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga
19 Disember 2020, sejumlah 202 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
Sumber :
http://covid-19.moh.gov.my/sorotan/122020/lima-5-kluster-baharu-dilaporkan-hari-ini-19122020