Terkini Bonus ASB Tahun 2020 dan Dividen ASB 2020

Bonus dan Dividen Terkini ASB Tahun 2020







 

 

Simpanan ASB merupakan satu pelaburan yang menguntungkan untuk jangka masa yang panjang. Lagi pun pelaburan ini dijamin oleh kerajaan dan berisiko rendah. Faktor kestabilan dividen juga diambil kira memandangkan dividen yang diperolehi agak konsisten.

Penangguhan Urusniaga ASB untuk pengiraan dividen 2020

Bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan untuk tahun 2020, ASB telah menangguhkan urusniaganya bermula 22 Disember 2020 sehingga 3 Januari 2021.




Pengumuman Dividen dan Bonus ASB 2020


PNB melalui laman Facebook rasminya telah menyatakan Pengumuman Pengagihan Pendapatan ASB berakhir 31 Disember 2020 akan dibuat pada Rabu, 23 Disember 2020 jam 10.15 pagi.




Dividen dan bonus pula akan diagihkan pada 4 Januari 2021 dan dimasukkan terus ke dalam akaun pelabur.



Had Pelaburan ASB


Walaubagaimanapun terdapat had bagi pelaburan ASB ini iaitu maksimum RM200,000 setiap akaun. Ianya hanya boleh melebihi RM200,000 sekiranya dividen dan bonus tadi tidak diambil dan dibiarkan bertambah secara kompaun tahun demi tahun.


Sejarah Dividen dan Bonus ASB 1990-2020

Jadual berikut ialah Sejarah Dividen dan Bonus ASB daripada tahun 1990 sehingga 2020.



Tahun kewangan berakhir 31 Disember Dividen (Sen/Unit) Bonus (Sen/Unit) Total (Sen/Unit)
Bonus dan Dividen ASB Tahun 20203.50
(23 Disember 2020)
0.75 + 0.75 Ehsan untuk 30000 unit pertama 5.00

Bonus dan Dividen ASB Tahun 20195.00 (18 Disember 2019)0.50 (18 Disember 2019) 5.50

Bonus dan Dividen ASB Tahun 2018 6.50 (21 Disember 2018)0.50 (21 Disember 2018) 7.00

Bonus dan Dividen ASB Tahun 2017 7.00 0.25 + 1.00 (bonus ulangtahun  untuk baki sehingga 10,000 unit sahaja) 8.25
Bonus dan Dividen ASB Tahun 2016 6.75 0.50 7.25
Bonus dan Dividen ASB Tahun 2015 7.25 0.50 7.75
Bonus dan Dividen ASB Tahun 2014 7.50 1.00 8.50
Bonus dan Dividen ASB Tahun 2013 7.70 1.00 8.70
Bonus dan Dividen ASB Tahun 2012 7.75 1.15 8.90
Bonus dan Dividen ASB Tahun 2011 7.65 1.15 8.8
Bonus dan Dividen ASB Tahun 2010 7.50 1.25 8.75
Bonus dan Dividen ASB Tahun 2009 7.30 1.25 8.55
Bonus dan Dividen ASB Tahun 2008 7.00 1.75 8.75
Bonus dan Dividen ASB Tahun 2007 8.00 1.00 9.00
Bonus dan Dividen ASB Tahun 2006 7.30 1.25 8.55
Bonus dan Dividen ASB Tahun 2005 7.25 1.75 9.00
Bonus dan Dividen ASB Tahun 2004 7.25 2.00 9.25
Bonus dan Dividen ASB Tahun 2003 7.25 2.00 9.25
Bonus dan Dividen ASB Tahun 2002 7.00 2.00 9.00
Bonus dan Dividen ASB Tahun 2001 7.00 3.00 10.00
Bonus dan Dividen ASB Tahun 2000 9.75 2.00 11.75
Bonus dan Dividen ASB Tahun 1999 8.50 1.50 + 2.00 (bonus istimewa) 12.00
Bonus dan Dividen ASB Tahun 1998 8.00 2.50 10.50
Bonus dan Dividen ASB Tahun 1997 10.25 1.25 11.50
Bonus dan Dividen ASB Tahun 1996 10.25 3.00 + 2.00 (bonus istimewa) 15.25
Bonus dan Dividen ASB Tahun 1995 10.0 3.00 13.00
Bonus dan Dividen ASB Tahun 1994 9.50 4.50 14.00
Bonus dan Dividen ASB Tahun 1993 9.00 4.50 13.50
Bonus dan Dividen ASB Tahun 1992 7.50 5.00 12.50
Bonus dan Dividen ASB Tahun 1991 8.50 4.00 12.50
Bonus dan Dividen ASB Tahun 1990 8.00 6.00 14.00




Jika diperhatikan daripada jadual di atas, ASB pernah mencatatkan keuntungan tertinggi iaitu sebanyak 15.25 sen seunit pada tahun 1996 di mana pada ketika itu Dividen ASB 1996 ialah 10.25 sen seunit dan Dividen 3 sen seunit ditambah lagi dengan bonus istimewa 2 sen seunit.

CONTOH PENGIRAAN DIVIDEN + BONUS + EHSAN ASB TAHUN 2020

Sekiranya anda menyimpan RM100,000 di dalam ASB pada tahun 2020, maka pengiraan kasar ialah:
1. Dividen ialah 3.5% x RM100000 = RM3500
2. Bonus ialah 0.75% x RM100000= RM750
3. Bonus Ehsan Ulangtahun ke 30 ASB untuk 30000 unit pertama ialah 0.75% x RM30000= RM225
Total keuntungan= RM4475

Jika simpanan ASB anda ialah RM200,000 pada tahun 2020, maka pengiraan kasar ialah:
1. Dividen ialah 3.5% x RM200000 = RM7000
2. Bonus ialah 0.75% x RM200000= RM1500
3. Bonus Ehsan Ulangtahun ke 30 ASB untuk 30000 unit pertama ialah 0.75% x RM30000= RM225
Total keuntungan= RM8725

MAKLUMAT TABUNG ASB


Nama Tabung

AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (ASB)

Tarikh Pelancaran

2 Januari 1990

Objektif Pelaburan

Untuk menjana pulangan jangka panjang yang kompetitif dan konsisten kepada pemegang-pemegang unit di samping memastikan pengekalan modal pada tahap toleransi risiko yang minimum.

Pelabur Sasaran

Pelabur yang memahami risiko dan pulangan pelaburan serta menjangkakan manfaat dari pertumbuhan jangka panjang tabung hasil pelaburan semula pengagihan pendapatan (sekiranya ada) dan penerimaan pendapatan (sekiranya ada) ke atas pelaburan mereka.

Kelayakan

Bumiputera

  • Akaun Dewasa (18 tahun dan ke atas)
  • Akaun Remaja (ibu bapa atau penjaga sah dari kategori seperti di atas yang melabur bagi kanak-kanak Bumiputera yang berumur 18 tahun ke bawah serta mempunyai sijil kelahiran yang sah)

Pengurus Pelaburan

Permodalan Nasional Berhad

Tahun Kewangan Berakhir

31 Disember

Baca Juga : Senarai Cawangan ASNB Seluruh Malaysia

 


Post a Comment

Previous Post Next Post