Apakah Kluster Tapak Bina Metropolis, Kluster Estate Maju dan Kluster
Batu 39?
Terdapat tiga (3) kluster baharu Covid-19 di Malaysia yang telah
dikenal pasti pada hari ini (Ahad, 20 Disember 2020) iaitu;
1. KLUSTER TAPAK BINA METROPOLIS
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan
positif COVID-19 bermula pada 14 Disember 2020 melalui saringan tempat
kerja di sebuah tapak binaan. Sehingga 20 Disember 2020, sejumlah 481
individu telah disaring, di mana 147 kes telah dikesan positif COVID-19
dalam kluster ini.
2. KLUSTER ESTATE MAJU
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Kinabalu, Putatan dan
Tuaran di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes
ke-74498) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 8 Disember 2020
melalui saringan individu bergejala. Sehingga 20 Disember 2020,
sejumlah 63 individu telah disaring, di mana 28 kes telah dikesan
positif COVID-19 dalam kluster ini.
3. KLUSTER BATU 39
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Pontian di negeri Johor. Kes
indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-90568) telah dilaporkan positif
COVID-19 pada 18 Disember 2020 melalui
saringan bersasar di tempat kerja. Sehingga 20 Disember 2020, sejumlah
152 individu telah disaring, di mana 28 kes telah dikesan positif
COVID-19 dalam kluster ini.
Sumber :
http://covid-19.moh.gov.my/sorotan/122020/tiga-3-kluster-baharu-dilaporkan-hari-ini-20122020