5 Sasaran dan 3 Strategi KKM di dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025)

5 Sasaran dan 3 Strategi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025)

Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) dirangka sebagai pelan perancangan negara bagi tempoh 5 tahun akan datang. KKM terus komited untuk mempertingkatkan pekhidmatan penjagaan kesihatan melalui 5 sasaran terpilih dan 3 strategi utama. Berbeza dengan rancangan 5 tahun sebelum ini, RMKe-12 diselarikan dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030 dan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 berteraskan prinsip #keluargamalaysia.


5 sasaran terpilih yang ingin dicapai menjelang 2025:


😊 Indeks Kesihatan dalam Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia  

      (MyWI): 114.1

🩺 Nisbah Doktor kepada Penduduk: 1:400

🏥 Nisbah Katil Hospital bagi Setiap 1,000 Penduduk: 2.06 

👶 Pengurangan Risiko Kematian Pramatang: 2%

🚭 Pengurangan Prevalens Merokok: 6.3%


3 strategi utama bagi mencapai objektif sepanjang RMKe-12:


✅ Memperkemas Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan

✅ Memperkukuh Pembiayaan Kesihatan dan Kesedaran Awam

✅ Memanfaatkan Teknologi







Sumber :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=257382696423741&id=100064560379224


Post a Comment

Previous Post Next Post