Cara mendapatkan semula Salinan Keputusan Peperiksaan SPM, STPM, PMR, STAM dan lain-lain yang telah hilang.

Cara mendapatkan semula Salinan Keputusan Peperiksaan SPM, STPM, PMR, STAM dan lain-lain yang telah hilang.

Berita baik buat mereka yang telah kehilangan sijil-sijil peperiksaan penting. Kini, anda boleh mendapatkan semula keputusan tersebut secara online dengan sedikit bayaran kepada Lembaga Peperiksaan.
 
Peperiksaan yang terlibat ialah SPM, STAM, SPMU, SVM, MPV, MPAV, MCE, PMR, SRP dan LCE.

Ikuti panduan berikut untuk mendapatkan Salinan Keputusan Peperiksaan yang lepas ye 👇


{tocify} $title={Senarai Kandungan}


1. Klik pautan di bawah untuk memasuki laman web Lembaga Peperiksaan



Anda akan melihat paparan seperti di bawah.

Sila klik Permohonan Salinan Pernyataan Keputusan Peperiksaan atau klik pautan https://elp.moe.gov.my/auth/login



2. Paparan sistem e-Lembaga Peperiksaan



Sekiranya pernah mendaftar, terus login. Selepas login terus ke langkah 4
Sekiranya belum pernah mendaftar, sila klik Daftar Akaun.

3. Mendaftar akaun Sistem e-Lembaga Peperiksaan



Isi butiran yang diperlukan dengan tepat mengikut data yang diminta. Paling penting pastikan NAMA PENUH dan NOMBOR KAD PENGENALAN tepat.

Selepas klik DAFTAR, pastikan anda dapat pengesahan email di dalam kotak inbox email anda. Selagi anda tidak mengesahkan email, anda tidak akan dapat masuk ke dalam Sistem e-Lembaga Peperiksaan.

Setelah menerima pengesahan email, terus login seperti di dalam Langkah 2

4. Menu Utama Sistem e-Lembaga Peperiksaan



Pada menu utama, klik Salinan Keputusan.


5. Membuat permohonan Salinan Pernyataan Keputusan Peperiksaan



Selepas klik butang '+', anda perlu melengkapkan permohonan mengikut maklumat yang diminta.

Jumlah bayaran akan dipaparkan diakhir borang.


6. Menyemak status permohonan.



Bagi menyemak status permohonan, kembali ke menu utama dan pilih Semak Status.
Lengkapkan maklumat dan mulakan carian.



Semoga info ini dapat membantu.. selamat mencuba 😊








Post a Comment

Previous Post Next Post