Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2026: Kadar RM150 & Tarikh Bayaran
Berita baik untuk ibu bapa dan penjaga. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bakal menyalurkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi sesi persekolahan tahun 2026. Bantuan ini bertujuan meringankan beban perbelanjaan menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak.
Bagi tahun 2026, kadar bantuan dikekalkan sebanyak RM150 bagi setiap murid secara one-off tanpa mengira had pendapatan ibu bapa. Berikut adalah perincian syarat kelayakan, tarikh agihan, dan kaedah pembayaran.
Isi Kandungan:
{tocify} $title={Pintas ke Topik}💰 Ringkasan Bantuan BAP 2026
Jumlah: RM150.00 / Seorang Murid
Bayaran Sekaligus (One-Off)1. Siapa Yang Layak Terima RM150?
Pemberian BAP 2026 diberikan kepada murid yang memenuhi kriteria berikut:
| Syarat Kelayakan Umum | |
|---|---|
| 🌍 Kewarganegaraan | Warganegara Malaysia sahaja. |
| 🏫 Jenis Sekolah | Bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK/SMK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), dan Sekolah Swasta yang berdaftar dengan KPM. |
| 🎓 Tahun/Tingkatan | Murid Darjah 1 hingga Tingkatan 5 (Sesi Akademik 2026). |
| 💵 Had Pendapatan | TIADA HAD PENDAPATAN. Semua murid layak menerima RM150 tanpa mengira gaji ibu bapa (B40, M40, atau T20 layak). |
⚠️ PENTING:
Kelayakan murid adalah berdasarkan data dalam sistem APDM. Ibu bapa WAJIB memastikan maklumat profil dikemaskini.
2. Tarikh & Kaedah Bayaran
Penyaluran bantuan ini akan dibuat secara berperingkat ke akaun Kumpulan Wang Sekolah sebelum diagihkan kepada murid.
| Info Pembayaran | |
|---|---|
| 📅 Tarikh Agihan | Dijangka bermula Januari 2026 (Awal Sesi Persekolahan). *Tarikh sebenar bergantung kepada pihak sekolah masing-masing. |
| 🏦 Kaedah Bayaran |
Agihan dibuat oleh pihak sekolah melalui dua cara:
|
3. Sumber Rujukan Rasmi
Untuk maklumat lanjut, soalan lazim (FAQ) lengkap, dan pekeliling ikhtisas berkaitan Bantuan Awal Persekolahan, sila rujuk laman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia:
Soalan Lazim (FAQ) BAP 2026
J: Ya, murid yang baru mendaftar masuk Tahun 1 pada sesi 2026 juga layak menerima bantuan ini.
J: Bantuan adalah per kepala. Jika ada 3 anak, anda akan terima RM150 x 3 = RM450.
J: Mengikut garis panduan tahun sebelum ini, BAP RM150 adalah untuk murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 sahaja. Murid Prasekolah tidak terlibat.
J: Tidak perlu mohon. Nama murid akan ditarik secara automatik dari data APDM sekolah. Cuma pastikan data terkini.
Kongsikan berita baik ini kepada ibu bapa lain agar mereka peka dengan tarikh agihan sekolah masing-masing.