Cara Kemaskini Maklumat Ibu Bapa dalam Sistem IDME (Public MOE) Sesi 2025/2026
Sesi persekolahan baharu bakal bermula. Ibu bapa dan penjaga kini diminta untuk mengemaskini maklumat profil, pendapatan, dan tanggungan dalam Sistem Pengurusan Identiti (idMe) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Langkah ini amat penting bagi memastikan data murid dalam APDM adalah terkini untuk tujuan pengagihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP), RMT, KWAPM dan penempatan sekolah/asrama. Berikut adalah panduan lengkap cara login dan kemaskini Modul Pengurusan Awam idMe.
Isi Kandungan:
{tocify} $title={Pintas ke Topik}🔗 Pautan Rasmi Sistem IDME
Klik butang di bawah untuk log masuk ke portal:
Login IDME (Public) »Masalah login? Sila klik 'Lupa Kata Laluan' di laman tersebut.
1. Panduan Langkah Demi Langkah
Ikuti langkah mudah ini untuk memastikan data anda berjaya disimpan:
| Proses Kemaskini IDME | |
|---|---|
| 1 | Log Masuk Layari laman web idme.moe.gov.my. Masukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan anda. Pastikan kotak "Daftar Masuk" tidak ditanda jika anda bukan kali pertama. |
| 2 | Pilih Modul Di papan pemuka (dashboard), cari menu di sebelah kiri dan klik pada "Aplikasi". Kemudian pilih pautan "Pengurusan Awam". |
| 3 | Kemaskini Maklumat Anda perlu menyemak dan mengemaskini data pada menu:
|
| 4 | Simpan Data Selepas mengisi setiap bahagian, pastikan anda menekan butang "SIMPAN" di bahagian bawah. Jika tiada perubahan, tetap tekan butang simpan untuk refresh data. |
| 5 | Perakuan (Penting!) Langkah terakhir, pergi ke bahagian akhir/rumusan dan tandakan kotak Perakuan Benar. Klik "Hantar" atau "Selesai". |
2. Apa Yang Perlu Dikemaskini?
Sila beri perhatian khusus kepada butiran berikut kerana ia mempengaruhi kelayakan bantuan persekolahan anak anda:
| Senarai Semak Penting | |
|---|---|
| 💵 Pendapatan & Gaji | Sila isikan jumlah Gaji Kasar dan Gaji Bersih terkini. Sertakan juga pendapatan lain (jika ada). Jumlah pendapatan isi rumah (Suami + Isteri) adalah penentu utama BAP dan RMT. |
| 🏠 Alamat Kediaman | Pastikan alamat adalah terkini. Jarak rumah ke sekolah mempengaruhi kelayakan asrama dan bantuan pengangkutan. |
| 👨👩👧👦 Tanggungan | Pastikan semua anak (termasuk yang belum bersekolah atau di IPT) disenaraikan dalam bahagian "Tanggungan". Lebih ramai tanggungan, perkapita akan berubah. |
| 📞 No. Telefon & Emel | Penting untuk pihak sekolah menghubungi waris jika berlaku kecemasan. |
⚠️ NOTA PENTING:
Jika anda mengalami masalah "Sistem Perlahan" atau "Hang", sila cuba akses pada waktu kurang sibuk (lewat malam atau awal pagi). Jangan tunggu saat akhir sebelum sesi persekolahan bermula.
Soalan Lazim (FAQ)
J: KPM kini menggunakan sistem Single Sign-On (idMe). Portal idMe adalah pintu masuk utama untuk semua pengguna termasuk guru dan ibu bapa. Selepas login idMe, anda akan dapat akses ke modul Pengurusan Awam (Public).
J: Klik pada pautan "Lupa Kata Laluan" di laman log masuk. Anda perlu masukkan No. Kad Pengenalan dan emel yang didaftarkan. Pautan reset akan dihantar ke emel tersebut.
J: Ya, disarankan. Pendapatan dan status tanggungan mungkin berubah. Data yang tidak dikemaskini boleh menyebabkan permohonan bantuan anak anda ditolak.
Semoga panduan ini membantu ibu bapa. Sila kongsikan artikel ini di Group WhatsApp Kelas/Sekolah masing-masing.