Dah dapat keputusan Percubaan (Trial) SPM? Jangan selesa sangat dan jangan cepat putus asa. Ramai calon SPM yang tersilap langkah sebab hanya kejar bilangan "A", tapi terlupa tentang benda paling penting untuk sambung belajar iaitu Markah Merit UPU.
Ingat ya, persaingan nak masuk Universiti Awam, Matrikulasi, atau Asasi sekarang sangat sengit. Markah akademik menyumbang 90% manakala Ko-Kurikulum 10%. Gunakan kalkulator ini untuk menyemak kelayakan UA (Universiti Awam), Politeknik, dan Matrikulasi anda sebelum mengisi borang UPU Online. Biar nampak nombor depan mata, baru semangat nak pulun belajar!
🎓 Kira Merit UPU & Target SPM
Masukkan target gred & markah koko anda.
| *Pilih "TIDAK AMBIL" jika ambil PQS/PSI | |
⚠️ Nota: Ini adalah simulasi berdasarkan sistem gred 18 mata.
Macam Mana Merit Dikira?
Markah Akademik (90%) + Markah Ko-Kurikulum (10%). Pastikan anda skor A+ (18 mata) untuk lonjakkan merit!
Soalan Lazim (FAQ)
1. Saya pelajar aliran agama, wajib ke isi Pendidikan Islam?
Tidak. Jika anda mengambil subjek PQS dan PSI, sila pilih pilihan "TIDAK AMBIL / PENGECUALIAN" pada ruangan gred Pendidikan Islam.
🔥 Cabaran 2026!
Cuba komen kat bawah, berapa markah merit korang target tahun ni? 👇
