Jujur cakap, pernah tak korang terfikir: "Cukup ke duit KWSP aku ni nak tampung hidup lepas bersara nanti?". Zaman sekarang ni, harga barang makin naik. Kalau akaun 1 pun asyik korek keluar (i-Sinar, i-Citra, Akaun 3 Fleksibel), jangan mimpi nak goyang kaki masa tua nanti.
Tapi, tahukah anda? Dengan kuasa Faedah Kompaun (Compound Interest), gaji kecil pun boleh jadi selesa jika anda mula menyimpan awal. Gunakan Simulasi Jutawan Pencen & Zakat di bawah ini. Masukkan gaji anda, dan lihat unjuran duit pada umur 55/60 tahun nanti. Kami juga sertakan kiraan Zakat KWSP supaya rezeki anda lebih berkat.
💰 Simulasi Jutawan Pencen & Zakat
Lihat kuasa 'duit beranak duit' & kewajipan zakat.
⚙️ Tetapan Unjuran:
⚠️ Penafian: Simulasi ini menggunakan kaedah agregat bulanan. Zakat KWSP wajib dibayar apabila wang dikeluarkan (Milik Sempurna). Sila rujuk Pusat Zakat negeri masing-masing.
Fahamkan Konsep "Milik Sempurna" & Zakat
Kenapa kami sertakan kiraan Zakat? Kerana wang KWSP adalah harta yang wajib dizakatkan apabila ia dikeluarkan dan menjadi "Milik Sempurna" anda. Selama ia berada dalam akaun KWSP, tiada kewajipan zakat tahunan.
Jadi, apabila anda bersara nanti dan menerima sejumlah besar wang (contoh: RM500,000), ingatlah bahawa 2.5% daripadanya (RM12,500) adalah hak asnaf untuk menyucikan harta anda.
Soalan Lazim (FAQ)
1. Kenapa jumlah dalam kalkulator ni macam sikit berbanding kalkulator lain?
Sebab kami guna formula Agregat Bulanan (ikut standard KWSP) yang lebih tepat dan realistik, bukan kiraan mudah "Lump Sum" yang selalunya 'indah khabar dari rupa'.
2. Wajib ke bayar Zakat KWSP?
Ya, wajib bagi umat Islam apabila wang dikeluarkan (pengeluaran 50/55/60 tahun) dan jumlahnya melebihi kadar Nisab tahunan. Rujuk Pusat Zakat negeri anda.
3. Berapa sasaran Simpanan Asas KWSP?
KWSP menetapkan minimum RM240,000 pada umur 55 tahun. Jika kurang, anda mungkin berdepan kesukaran kewangan di hari tua.
💬 Jom Sembang!
Lepas tekan kira tadi, korang dalam kategori mana? "Jutawan Senyap" atau "Bahaya"? Korang dah mula simpan emas atau ASB sebagai backup? Cuba komen strategi korang kat bawah. Kita kongsi ilmu! 👇
