Nak pos barang tapi tak pasti mana satu cawangan GDEX (GD Express) yang paling dekat dengan anda? Kadang-kadang cari dalam Google Maps keluar macam-macam, tapi tak tahu mana satu pejabat rasmi (Branch), mana satu ejen (Lodge-in Centre).
Jangan pening. Gunakan GDEX Branch Locator di bawah ini. Pilih negeri anda, dan sistem kami akan senaraikan alamat, nombor telefon, dan pautan Waze/Google Maps untuk memudahkan perjalanan anda. Kami juga sertakan info waktu operasi supaya anda tak pergi waktu kedai tutup!
🚚 Cari Cawangan GDEX Terdekat
Pilih lokasi untuk dapatkan alamat & navigasi.
⚠️ Nota: Senarai ini adalah cawangan utama (Hub). Untuk ejen kecil, sila hubungi HQ untuk pengesahan.
Waktu Operasi GDEX (Standard)
| Hari | Waktu Buka |
|---|---|
| Isnin - Jumaat | 8:30 Pagi - 5:30 Petang |
| Sabtu | 8:30 Pagi - 12:30 Tengahari |
| Ahad / Cuti Umum | TUTUP |
Nota Penting: Waktu operasi mungkin berbeza bagi cawangan di pusat membeli-belah atau ejen berdaftar (MBE/Lodge-in).
Soalan Lazim (FAQ) GDEX
1. Boleh ke 'Walk-in' ambil barang di GDEX?
Boleh, tetapi anda disarankan untuk menelefon cawangan tersebut dahulu untuk memastikan barang anda sudah diproses dan sedia untuk diambil (Self-collect).
2. GDEX buka tak hari Sabtu?
Ya, kebanyakan cawangan GDEX beroperasi separuh hari pada hari Sabtu (8:30 pagi - 12:30 tengahari). Ahad biasanya tutup.
3. Macam mana nak track barang?
Anda boleh masukkan nombor 'Consignment Note' anda di laman web rasmi GDEX atau gunakan aplikasi GDEX Mobile.
💬 Pengalaman Korang?
Korang area mana? Servis GDEX kat tempat korang laju tak? Atau korang lebih suka J&T? Cuba komen pengalaman (pahit atau manis) kat bawah! 👇
